Kelas Recovery Email

3 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Oktober 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Recovery Email selama 30 minit. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta cara menukar kata laluan email yang beliau lupa .Pihak staf pengurusan telah menerangkan kepada beliau cara untuk mengaktifkan kembali kata laluan dengan menggunakan setting yang terdapat telefon bimbit beliau.

Pada akhir kelas, peserta dapat membuka email beliau semula dengan menggunakan kata laluan baru untuk tujuan tugasan kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali